Tuesday, June 23

"Don't judge the book by it's cover?"


"Kenapa kau tak pakai tudung, Esah? Kan dalam Islam, semua perempuan Islam wajib memakai tudung?," tanya Soon Hin.

"Eh, aku nie luaran je nampak tak pakai tudung, luaran le liberal. Tapi dalam hati ini aku 'memakai tudung' tau. Aku solat, aku puasa..Yang penting aku tak buat jahat pada sesiapa. Dont judge the book by it's cover, you know? " Balas Esah pula

"Hmmm, it's hard for me to believe, you know? Don't you think, outside apperence reflects by what's inside?," kata Soon Hin..

" Huh? "

" Ye la, bagi saya, saya cuba analogikan bergini. Kalaulah sekarang nie aku tengah main game kat pejabat, dan tiba-tiba bos usyar kat aku. Bos nampak aku main game tapi tak buat kerja, lalu bos sergah aku, 'Apasal kau main game? Tak buat kerja ke hah?'. Dan aku berkata, 'Eh bos, luar nampak je saya main game, tapi dalam hati ini saya buat kerja yang bos suruh tau'. Dosen't it make sense?"

" Ya Allah, malunya aku.. Islamkah aku ini? Atau aku cuma muslim tanpa Islam? ", monolog Esah dalam hatinya..

Sejak hari itu, Esah bertekad untuk merubah dirinya, kearah yang lebih baik. Mengamalkan intipati Islam dari luar dan dalam.

Cerita yang cuba saya sampaikan bukan hanya kepada kaum muslimat, tetapi juga bagi kaum muslimin. Seringkali saya terjumpa, orang lelaki yang bercouple, pegang-pegang tangan, malah buat maksiat 'ringan-ringan' berkata ' Luar je nampak aku bercouple, tetapi dalam diri aku ni, aku selalu solat 5 waktu'. Ataupun bergini, ' Luar je kau nampak aku tengok blue, tapi aku tak tinggal solat lima waktu, kau tahu?'. Atau bergini. ' luar je kau nampak aku pukul orang, curi motor, merempit, tapi aku sembahyang 5 waktu tak tinggal tahu?' Dan banyak lagi contoh-contoh yang lain, seperti ' Kau ni, nampak je aku selalu minta duit kopi, duit bawah meja, tapi sembahyang aku tak tinggal ',

Adakah sembahyang kita itu hanya kerana adat yang sudah sebati dari kecil semata-mata, atau adakah kita sembahyang kerana kita betul-betul menyembah tuhan?

Saya pun tidak bagus dan banyak kekurangan untuk tegur ini dan tegur itu, tapi saya rasa umat Islam sekarang ini kebanyakannya sembahyang kerana adat, dan bukan sembahyang kerana menyembah tuhan.. Seolah-olah kita hidup ini rasa macam tidak bertuhan..

Sebab itulah terjadinya kes tiru-meniru dan bawa toyol dalam dewan peperiksaan.

Sebab itulah pemimpin sekarang korup dan banyak rasuah

Sebab itulah peniaga tidak jujur dalam jual belinya.

Memang benar Allah S.W.T lebih melihat kepada isi hati hambanya, samaada perbuatan yang hamba-Nya lakukan ikhlas atau tidak. Tetapi selalunya, kulitlah yang mencerminkan isi didalam. Kalau luaran elok, maka Insyaallah dalaman pun turut elok.

" Bukan semua orang yang pakai tudung tu baik tetapi orang yang pakai tudung mesti baik "

" Bukan semua orang yang pergi masjid itu baik tetapi orang yang pergi masjid mesti baik "

" Bukan semua orang yang sembahyang itu baik, tetapi orang yang sembahyang itu mesti baik "

" Setiap orang pasti ada dosanya. Jangan sedih dan jangan kecewa. Kembalilah kepada yang Esa "

P/S: Baik disini bermaksud wujudnya perasaan takut kepada Allah, tuhan pencipta segala alam.


Junaidi Al-Putatani
Gambang, Kuantan

Tuesday, June 16

Dunia kehilangan Sang Murabbi - Sheikh Fathi Yakan (1933 - 2006)


Assalammualaikum warahmatullah...

Dunia sekarang kehilangan seorang tokoh yang amat besar jasanya dalam kebangkitan Gerakan Islam seluruh dunia.. Tika anak muda muslim sibuk berpesta dan besar diantara mereka yang dibuai mimpi-mimpi indah dek kerana racun fikiran puak yang memusuhi Islam, beliau ternyata masih gagah dan berterusan membersihkan fikir anak muda tadi. Oleh kerana beliau berjiwa besar dan ikhlas dalam memperjuangkan cara hidup Islam dan seruan kembali kepada Islam, ramai anak-anak muda tersedar dari tidur yang lena dan bangkit bersama-sama beliau untuk membantu muslim lainnya agar dekat pada Allah s.w.t.. Karya-karya agungnya, terutama 'Apa Erti Saya Menganut Islam' nyata memberi inspirasi besar kepada pemuda-pemuda muslim untuk menubuh dan bergabung ke dalam Gerakan Islam

Sesungguhnya, kehilangan beliau sangat dirasai oleh para Dai'e dan para pencinta Gerakan Islam yang lainnya. Kehilangan beliau umpama hilangnya permata hitam paling bersinar dari rantaian perjuangan kaum muslimin. Bak kata orang, 'Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama', dan beliau pergi menemui Ilahi meninggalkan sejumlah besar inspirasi dan semangat yang masih boleh diambil oleh ahli-ahli gerakan Islam. Al Fatihah buat beliau.

Marilah kita sama-sama hayati hadith Rasulullah s.a.w dibawah

"Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu dengan (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) hamba-hambaNya. Tetapi Allah Ta’ala menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama sehingga apabila tidak tertinggal satu orang alimpun, manusia akan menjadikan pemimpin-pemimpin dari orang-orang yang bodoh, maka tatkala mereka ditanya (tentang masalah agama), lalu mereka akan berfatwa tanpa ilmu, akhirnya mereka sesat dan menyesatkan. (Hadits riwayat al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidhi dan Ibn Majah) "

Dibawah ini adalah biodata mengenai beliau

Dr. Fathi Yakan telah dilahirkan pada 9 Februari / Syabat (kiraan bulanan kuno di negara Lubnan) 1933 di Tarablus Lubnan. Telah berjaya memperolehi Phd di dalam bidang pengajian Islam dan bahasa Arab. Telapun berkahwin dengan Puan Dr. Mona Haddad Yakan dan telah dikurniakan 5 orang cahaya mata ( 4 perempuan dan 1 lelaki). Beliau merupakan diantarakan tokoh gerakan Islam di Lubnan dan di dunia Islam bahkan beliau merupakan diantara pelopor yang mengasaskan gerakan Islam di Lubnan bersama-sama dengan lebih kurang 50 orang saudaranya yang lain sejurus selepas mereka menziarahi Dr. Mustafa As-Siba’ie Rahimahullahu di Syria.Beliau telah menyumbang tenaga di dalam mempelopori fikrah gerakan Islam di dalam dunia Arab dan beliau juga telah menyebarkan risalah-risalah dan tulisan-tulisan yang berbentuk ideologi ke dunia Arab dan Islam sebagai panduan generasi-generasi kebangkitan Islam dan kebanyakan daripada tulisan-tulisan beliau telah diterjemahkan di dalam banyak bahasa. Di antara tulisannya yang terkenal adalah

Beliau juga pernah memenangi kerusi pada pilihanraya Lubnan pada tahun 1992. Beliau juga pernah menyertai Perhimpunan Islam Antarabangsa (International Islamic Conference). Beliau meninggal dunia pada 13 Jun 2009 di Hospital Hotel Deu pada umur 76 tahun berikutan implikasi penyakit yang dialaminya.

Wahai Sheikh. Semoga engkau bahagia menemui Sang Kasih yang selama ini kau rindui..


Junaidi Al-Putatani

Gambang, Kuantan

Saturday, June 13

"Evening Revival"

Assalammualaikum warahmatullah...

Apa khabar semua? Moga sihat-sihat sahaja hendaknya..

Agak lama tidak update blog.. Terasa kekok pula hendak menulis, huhu. Alhamdulillah, petang ini Allah s.w.t gerakkan hati saya untuk menulis kembali, setelah lama dalam kurungan...Kurungan sikap 'unmotivated' barangkali. Sebab tu saya letak tajuk "Evening Revival" pada post kali ini

Sekarang ini saya tengah menjalani semester pendek dan melakukan sedikit kerja-kerja projek tahun akhir. Semakin lama belajar dalam sem pendek ini, rasa semakin malas pula..entahlah..Agaknya tersihir dengan kebiasaan bahawa bulan Mei dan Jun adalah bulan-bulan untuk bercuti kot.

Walauapapun, saya berdoa kepada sahabat-sahabat yang ambil sem pendek di UMP, dan juga melakukan kerja dan program di waktu cuti ini, agar sentiasa sukses hendaknya. Amin


Junaidi Al-Putatani
Gambang, Kuantan

Wednesday, November 12

Jangan Pandang Rendah Pada Kancil


Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah lane kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelahnya, pemilik kancil tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu.tidak ada sebuah kereta pun berhenti.tiba-tiba datangla sebuah kereta Evo 7 berhenti di sebelah kancil tadi.



"Ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?" tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20-an.

"A'ha rosak ", jawab pakcik tu simple aje... .

"Ok, cam nie, saya ada tali nanti saya ikat kat
kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai
tol", mamat nie bagi idea.

"worrait gak tu... ", tapi... Nanti kalau pakcik rasa
awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high
beam"

"Ok pakcik"..

Mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kancil didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper Evo die. Dia pun jalanla..dengan slow dan berhati- hati. Dalam lima kilometer mamat nie laju le sikit,apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu.Mamat tu pun slowkan balik.. Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan press minyak kat mamat Evo 7. Apa lagi, jiwa muda patang dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie... lLpa la pulak dia dengan kancil org tua yg diikat kat belakang kereta dia.

Orang tua tu punya la hangin satu badan, dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak.M amat Evo 7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal. Kebetulan pilak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan.

Vrooommm... ... "Bedesup peginye... Ini dah lebih speed limit nie...", Kate polis nie.. "Cecah 250kmj memasing nie",... Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yg laju nie... "over..over,ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju,sebuah ferrari,sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye... ... ... sebuah kancil putih tengah cucuk angin evo7 tu dan bagi hon dan hi beam nak potong!!!"

P/s: Nape, tak caye ke? Jom beli kancil, lebih jimat..Hehe


Akhukum Fillah


Junaidi Al-Putatani
Gambang, Kuantan

Sunday, November 9

Cerita Tentang Brownies : Suatu Analogi


Assalammualaikum Warahmatullah...

Akhirnya, dapat juga aku post sebuah artikel setelah disibukkan dengan final exam..Esok ada satu lagi paper, dan selepas itu aku merdeka. Tak sepenuhnya merdeka, cuma nikmat dari sedikit terlepas dari tekanan dapat juga dirasai.

Kepada sahabat-sahabat UMP yang masih menduduki peperiksaan final, selamat bermujahadah di medan juang aku ucapkan. Buat sehabis baik, dan serahlah semuanya kepada Allah s.w.t, Rabbul Jalil...

Dan kepada sahabat-sahabat yang telah habis berjuang, tahniah aku ucapkan kerana telah selesai bermujahadah. Nak pulang ke kampung, silakan..Semoga selamat hendaknya dan isilah masa kamu semua dengan aktiviti yang membawa faedah bila bercuti nanti ye...

Oh ya, dalam kita belajar di universiti, mahasiswa-mahasiswa kerap juga mengisi masa lapang dengan aktiviti yang boleh menenangkan fikiran. Takkan belajar je, otak pun perlu berehat juga. Aktiviti sampingan yang paling popular selepas melayan DOTA adalah aktiviti menontong wayang atau cerita bersama-sama kawan-kawan di bilik dengan menggunakan laptop. Tak dinafikan aku juga kadang kala (baca:ye ke?) melayan cerita dikala bosan atau stress dengan belajar. Tapi dalam kita menonton cerita, ada satu perkara yang kita lupa. Biasanya filem-filem luar negara, ada kalanya filem filem tempatan mempunyai unsur lucah yang kertelaluan..Kita semua tahu dengan terdedahnya kita dengan unsur ini, sedikit sebanyak akan mematikan hati kita, akhirnya nur dari tuhan susah nak tembus. Lalu, bagaimana pula ilmu nak meresap di dalam diri?

Mungkin nak terangkan panjang lebar, aku tak mengerti. Tetapi analogi cerita dibawah boleh menerangkan kamu semua tentang hal ini. Cerita analogi ini aku dapat dari seorang sahabat aku, Azzam Ar-Raubi Sharingani. Mari kita sama-sama hayati analogi ini:

Tentang Brownies

Dua orang remaja meminta kebenaran ayahnya untuk pergi menonton filem yang sudah ditonton oleh semua rakan-rakan mereka. Namun selepas membaca sedikit review filem itu di internet, ayah mereka menolak permintaan mereka.

“Ah ayah, kenapa tak boleh?” gusar si adik. “Ia dilabel 13-SX, tapi kami berdua dah pun lebih dari 13 tahun!”

Ayahnya membalas, “Ini kerana filem itu terdapat aksi-aksi yang tidak bermoral dan tidak patut ditonton oleh masyarakat umum.”

“Tapi ayah, itu cuma sebahagian kecil daripada filem itu! Kawan-kawan kami cakap, filem itu ada 2 jam, tapi aksi-aksi itu hanya beberapa minit saja! Filem ini ada banyak pengajaran yang lebih besar, seperti kemenangan kebaikan di atas kejahatan, pengorbanan, dan keberanian. Review di laman web filem juga ada mengatakan demikian!”

“Jawapan ayah ialah “tidak” dan ini adalah muktamad. Kamu boleh ajak kawan-kawan kamu datang ke rumah malam ini dan menonton video-video yang ada dalam koleksi video keluarga kita. Tapi kamu tidak boleh pergi menonton filem itu. End of discussion.”


Kedua-dua anak itu berjalan dengan muka masam mencuka ke ruang tamu dan duduk di atas sofa. Sambil membayangkan wajah pelakon filem yang tidak akan mereka tonton, mereka terdengar bunyi dari dapur; seperti bunyi ayah mereka menyediakan sesuatu. Tidak lama kemudian mereka mengecam bau aroma brownies sedang dimasak di dalam oven, dan si abang berkata kepada adiknya,

“Ayah mesti rasa bersalah, dan sekarang dia hendak mengambil hati kita dengan brownies tu. Mungkin kita boleh lembutkan hatinya dan memujuknya untuk benarkan kita pergi ke wayang menonton filem itu.”

Kedua-dua remaja itu tidak kecewa. Tidak lama kemudian, ayah mereka muncul dari dapur dengan satu pinggan brownies yang masih panas dari oven, dan memberinya kepada kedua orang anaknya. Kedua-dua mereka mengambil satu brownies.
Kemudian si ayah berkata,

“Sebelum kamu semua makan, ayah nak cakap sesuatu. Ayah sayangkan kamu berdua.”

Kedua-dua remaja itu saling berpandangan antara satu sama lain dengan senyuman penuh makna.

“Ayah dah lembut hati,” bisik hati mereka.

“Itulah sebabnya ayah membuat brownies ini menggunakan bahan-bahan yang terbaik. Hampir kesemua bahan adalah organik; tepung organik yang terbaik, telur ayam Omega-3 gred A, gula organik yang terbaik, Vanilla Premium dan coklat yang paling enak.”

Brownies itu kelihatan sungguh melazatkan, dan kedua remaja itu menjadi semakin tidak sabar lagi untuk merasai kesedapannya kerana ditangguhkan oleh ‘khutbah’ ayahnya yang semakin panjang.

“Tetapi ayah ingin berlaku jujur kepada kamu berdua. Ada satu bahan istimewa yang ayah letak dalam brownies itu yang tidak akan dijumpai oleh mana-mana brownies lain. Dan bahan itu ayah ambil dari belakang rumah kita. Tapi kamu jangan risau, ayah hanya letak sekelumit sahaja bahan itu ke dalam brownies kamu. Jumlahnya sangatlah sedikit. Jadi makanlah dan berikan pendapat kamu tentang resepi baru brownies ayah.”

“Ayah, boleh tak ayah bagitahu apa bahan misteri tu sebelum kami mula makan?” tanya si abang.

“Kenapa? Sikit je jumlah bahan tu yang ayah letak. Satu sudu je. Kamu tak akan boleh perasan pun rasanya.”

“Ala ayah.. bagitahu je la kat kami apa bahan tu” pinta si adik.
“Jangan risau! Bahan tu organik, sama seperti bahan-bahan lain juga”.“Ayahh..” pinta kedua-dua beradik itu, serentak.

“Ok, kalau kamu bersungguh-sungguh nak tahu. Kandungan misteri itu ialah…. Tahi anjing!!”

Kedua-dua anak itu terus meletakkan kembali brownies itu ke dalam pinggan dan mengesat-ngesatkan tangan kanan mereka ke lapik meja dengan penuh rasa menjijikkan.

“Ayah! Ayah tahu tak yang ayah dah seksa kami dengan bau brownies yang sedap tu selama setengah jam. Bila dah siap, ayah kata ayah letak tahi anjing dalam brownies tu. Kami mana boleh makan bende tu”.

“Kenapa tak boleh pula? Kandungan tahi tu sangat sedikit kalau dibandingkan dengan bahan-bahan lain. Takkan ada efek punya la... Ia sudah pun dimasak bersama-sama bahan yang lain. Kamu takkan boleh perasan pun rasanya. Ia dah pun bersebati dengan bahan-bahan lain menjadi brownies. Jadi tunggu apa lagi, makanlah!”

“Tak ayah… kami tetap taknak makan!”

“Dan ini adalah sebab yang sama kenapa ayah tak benarkan kamu berdua pergi menonton filem tadi. Kamu tak boleh terima sedikit tahi anjing di dalam pinggan kamu, kenapa kamu boleh terima sedikit adegan tidak bermoral di dalam filem yang boleh mengotorkan hati kamu? Kita berdoa kepada Allah yang Dia akan menjaga kita dari mengikut hawa nafsu, tapi kenapa kita dengan akal fikiran yang waras boleh membenarkan diri kita menonton sesuatu yang boleh meninggalkan kesan kotor di dalam diri, fikiran dan hati kita dan terperangkap di dalam lubuk nafsu sesudah itu? Harap kamu berdua dapat pengajaran yang baik dari peristiwa ini”.

Konklusi

Hati kita mati sedikit demi sedikit pada satu masa disebabkan perbuatan kita.
Walaupun dengan filem atau cerita rating 18SX, 18SG, dan seumpama dengannya
hanya dipertontonkan kepada golongan yang matang dan mampu membezakan antara baik dan buruk, namun perintah nafsu susah untuk kita tolak, terutamanya bagi kita yang mempunyai iman senipis kulit bawang. Nak tengok cerita tersebut, tengoklah tapi mampukah kamu untuk skip bila tiba elemen seks? Tentu tidak kan?

Banyak lagi cerita-cerita yang baik dan sesuai untuk tontonan umum. Maka, tontonlah cerita yang kurang elemen negatif, tetapi penuh dengan nilai-nilai yang boleh kita ambil iktibar. Bukankah junjungan besar nabi kita, Rasulullah S.A.W ada mengatakan bahawa orang mukmin yang diredhai Allah s.w.t adalah orang mukmin yang mengelakkan perkara syubahah? (baca:Ketidakpastian antara perkara haram atau halal). Mahukah hati kati dilekati tompok-tompok hitam yang sangat payah untuk dihilangkan?




Junaidi Al Putatani
Gambang, Kuantan

Sunday, October 26

My First Blog!!

Assalammualaikum.....

Alhamdulillah, setelah bertahun-tahun menyimpan impian untuk membina satu blog peribadi, akhirnya ia terlaksana jua :-) Apa agaknya yang ingin aku coretkan dalam blog aku ini? Dari segi konsep, aku belum tentukan lagi. Insyaallah, suatu masa nanti akan aku jadikan blog ni sebagai tempat untuk membina ukuhwah manusia dari seantero dunia!! Huhu, rasa-rasanya dapatkah aku mencapainya?

Hmm, memandangkan ini post pertama aku, tak banyak yang ingin ku coretkan. Insyaallah, sedikit masa lagi aku akan isikan blog ini dengan artikel atau bahan-bahan yang bermanafaat untuk semua..

Akhir kata, kepada sahabat-sahabat pengunjung blog ini, terima kasih aku ucapkan dan kalau boleh kiranya tunjuk ajarlah aku yang baru berjinak-jinak dalam dunia blog ini. Bak kata pantun:

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan


Hehe, macam pantun sekolah rendah dahulu :-p

Wassalam...


Junaidi Al-Putatani
Gambang, Kuantan