Sunday, November 9

Cerita Tentang Brownies : Suatu Analogi


Assalammualaikum Warahmatullah...

Akhirnya, dapat juga aku post sebuah artikel setelah disibukkan dengan final exam..Esok ada satu lagi paper, dan selepas itu aku merdeka. Tak sepenuhnya merdeka, cuma nikmat dari sedikit terlepas dari tekanan dapat juga dirasai.

Kepada sahabat-sahabat UMP yang masih menduduki peperiksaan final, selamat bermujahadah di medan juang aku ucapkan. Buat sehabis baik, dan serahlah semuanya kepada Allah s.w.t, Rabbul Jalil...

Dan kepada sahabat-sahabat yang telah habis berjuang, tahniah aku ucapkan kerana telah selesai bermujahadah. Nak pulang ke kampung, silakan..Semoga selamat hendaknya dan isilah masa kamu semua dengan aktiviti yang membawa faedah bila bercuti nanti ye...

Oh ya, dalam kita belajar di universiti, mahasiswa-mahasiswa kerap juga mengisi masa lapang dengan aktiviti yang boleh menenangkan fikiran. Takkan belajar je, otak pun perlu berehat juga. Aktiviti sampingan yang paling popular selepas melayan DOTA adalah aktiviti menontong wayang atau cerita bersama-sama kawan-kawan di bilik dengan menggunakan laptop. Tak dinafikan aku juga kadang kala (baca:ye ke?) melayan cerita dikala bosan atau stress dengan belajar. Tapi dalam kita menonton cerita, ada satu perkara yang kita lupa. Biasanya filem-filem luar negara, ada kalanya filem filem tempatan mempunyai unsur lucah yang kertelaluan..Kita semua tahu dengan terdedahnya kita dengan unsur ini, sedikit sebanyak akan mematikan hati kita, akhirnya nur dari tuhan susah nak tembus. Lalu, bagaimana pula ilmu nak meresap di dalam diri?

Mungkin nak terangkan panjang lebar, aku tak mengerti. Tetapi analogi cerita dibawah boleh menerangkan kamu semua tentang hal ini. Cerita analogi ini aku dapat dari seorang sahabat aku, Azzam Ar-Raubi Sharingani. Mari kita sama-sama hayati analogi ini:

Tentang Brownies

Dua orang remaja meminta kebenaran ayahnya untuk pergi menonton filem yang sudah ditonton oleh semua rakan-rakan mereka. Namun selepas membaca sedikit review filem itu di internet, ayah mereka menolak permintaan mereka.

“Ah ayah, kenapa tak boleh?” gusar si adik. “Ia dilabel 13-SX, tapi kami berdua dah pun lebih dari 13 tahun!”

Ayahnya membalas, “Ini kerana filem itu terdapat aksi-aksi yang tidak bermoral dan tidak patut ditonton oleh masyarakat umum.”

“Tapi ayah, itu cuma sebahagian kecil daripada filem itu! Kawan-kawan kami cakap, filem itu ada 2 jam, tapi aksi-aksi itu hanya beberapa minit saja! Filem ini ada banyak pengajaran yang lebih besar, seperti kemenangan kebaikan di atas kejahatan, pengorbanan, dan keberanian. Review di laman web filem juga ada mengatakan demikian!”

“Jawapan ayah ialah “tidak” dan ini adalah muktamad. Kamu boleh ajak kawan-kawan kamu datang ke rumah malam ini dan menonton video-video yang ada dalam koleksi video keluarga kita. Tapi kamu tidak boleh pergi menonton filem itu. End of discussion.”


Kedua-dua anak itu berjalan dengan muka masam mencuka ke ruang tamu dan duduk di atas sofa. Sambil membayangkan wajah pelakon filem yang tidak akan mereka tonton, mereka terdengar bunyi dari dapur; seperti bunyi ayah mereka menyediakan sesuatu. Tidak lama kemudian mereka mengecam bau aroma brownies sedang dimasak di dalam oven, dan si abang berkata kepada adiknya,

“Ayah mesti rasa bersalah, dan sekarang dia hendak mengambil hati kita dengan brownies tu. Mungkin kita boleh lembutkan hatinya dan memujuknya untuk benarkan kita pergi ke wayang menonton filem itu.”

Kedua-dua remaja itu tidak kecewa. Tidak lama kemudian, ayah mereka muncul dari dapur dengan satu pinggan brownies yang masih panas dari oven, dan memberinya kepada kedua orang anaknya. Kedua-dua mereka mengambil satu brownies.
Kemudian si ayah berkata,

“Sebelum kamu semua makan, ayah nak cakap sesuatu. Ayah sayangkan kamu berdua.”

Kedua-dua remaja itu saling berpandangan antara satu sama lain dengan senyuman penuh makna.

“Ayah dah lembut hati,” bisik hati mereka.

“Itulah sebabnya ayah membuat brownies ini menggunakan bahan-bahan yang terbaik. Hampir kesemua bahan adalah organik; tepung organik yang terbaik, telur ayam Omega-3 gred A, gula organik yang terbaik, Vanilla Premium dan coklat yang paling enak.”

Brownies itu kelihatan sungguh melazatkan, dan kedua remaja itu menjadi semakin tidak sabar lagi untuk merasai kesedapannya kerana ditangguhkan oleh ‘khutbah’ ayahnya yang semakin panjang.

“Tetapi ayah ingin berlaku jujur kepada kamu berdua. Ada satu bahan istimewa yang ayah letak dalam brownies itu yang tidak akan dijumpai oleh mana-mana brownies lain. Dan bahan itu ayah ambil dari belakang rumah kita. Tapi kamu jangan risau, ayah hanya letak sekelumit sahaja bahan itu ke dalam brownies kamu. Jumlahnya sangatlah sedikit. Jadi makanlah dan berikan pendapat kamu tentang resepi baru brownies ayah.”

“Ayah, boleh tak ayah bagitahu apa bahan misteri tu sebelum kami mula makan?” tanya si abang.

“Kenapa? Sikit je jumlah bahan tu yang ayah letak. Satu sudu je. Kamu tak akan boleh perasan pun rasanya.”

“Ala ayah.. bagitahu je la kat kami apa bahan tu” pinta si adik.
“Jangan risau! Bahan tu organik, sama seperti bahan-bahan lain juga”.“Ayahh..” pinta kedua-dua beradik itu, serentak.

“Ok, kalau kamu bersungguh-sungguh nak tahu. Kandungan misteri itu ialah…. Tahi anjing!!”

Kedua-dua anak itu terus meletakkan kembali brownies itu ke dalam pinggan dan mengesat-ngesatkan tangan kanan mereka ke lapik meja dengan penuh rasa menjijikkan.

“Ayah! Ayah tahu tak yang ayah dah seksa kami dengan bau brownies yang sedap tu selama setengah jam. Bila dah siap, ayah kata ayah letak tahi anjing dalam brownies tu. Kami mana boleh makan bende tu”.

“Kenapa tak boleh pula? Kandungan tahi tu sangat sedikit kalau dibandingkan dengan bahan-bahan lain. Takkan ada efek punya la... Ia sudah pun dimasak bersama-sama bahan yang lain. Kamu takkan boleh perasan pun rasanya. Ia dah pun bersebati dengan bahan-bahan lain menjadi brownies. Jadi tunggu apa lagi, makanlah!”

“Tak ayah… kami tetap taknak makan!”

“Dan ini adalah sebab yang sama kenapa ayah tak benarkan kamu berdua pergi menonton filem tadi. Kamu tak boleh terima sedikit tahi anjing di dalam pinggan kamu, kenapa kamu boleh terima sedikit adegan tidak bermoral di dalam filem yang boleh mengotorkan hati kamu? Kita berdoa kepada Allah yang Dia akan menjaga kita dari mengikut hawa nafsu, tapi kenapa kita dengan akal fikiran yang waras boleh membenarkan diri kita menonton sesuatu yang boleh meninggalkan kesan kotor di dalam diri, fikiran dan hati kita dan terperangkap di dalam lubuk nafsu sesudah itu? Harap kamu berdua dapat pengajaran yang baik dari peristiwa ini”.

Konklusi

Hati kita mati sedikit demi sedikit pada satu masa disebabkan perbuatan kita.
Walaupun dengan filem atau cerita rating 18SX, 18SG, dan seumpama dengannya
hanya dipertontonkan kepada golongan yang matang dan mampu membezakan antara baik dan buruk, namun perintah nafsu susah untuk kita tolak, terutamanya bagi kita yang mempunyai iman senipis kulit bawang. Nak tengok cerita tersebut, tengoklah tapi mampukah kamu untuk skip bila tiba elemen seks? Tentu tidak kan?

Banyak lagi cerita-cerita yang baik dan sesuai untuk tontonan umum. Maka, tontonlah cerita yang kurang elemen negatif, tetapi penuh dengan nilai-nilai yang boleh kita ambil iktibar. Bukankah junjungan besar nabi kita, Rasulullah S.A.W ada mengatakan bahawa orang mukmin yang diredhai Allah s.w.t adalah orang mukmin yang mengelakkan perkara syubahah? (baca:Ketidakpastian antara perkara haram atau halal). Mahukah hati kati dilekati tompok-tompok hitam yang sangat payah untuk dihilangkan?




Junaidi Al Putatani
Gambang, Kuantan

9 comments:

  1. setuju... setuju.
    perlu selektif dalam memilih apa yang kita tonton dan baca.

    ReplyDelete
  2. Eh Jun...kalau aku...mana aku tengok bahagian blue2 dlm filem ni...pasal kalau aku mau tengok blue...aku tengok trus jak...tu psl aku benci filem yg ada adegan seks ni....pasal aku rasa tidak patut. bukan cerita tu pasal seks kan? kenapa mau di'panas'kan lagi bahagian yang tiada-tiada?

    dalam tengok blue ni pulak....minat aku agak eksklusif sikit...aku mana mau tengok blue kalau tiada educative purpose...ada satu tu, dokumentari pasal bahagian sensitif tubuh wanita...dan cara membelai bahagian tersebut...tutorial dia memang bagus.

    dan kalau bahagian tubuh tersebut tidak dijaga dengan baik....aku xmau tengok jugak...

    satu lagi kamera angle. ndak payah aku ckp panjang sini. semua orang tahu kita ndak suka tengok jubui.

    anyway, tujuan aku tengok blue untuk belajar sesuatu, bukan untuk suka2. kalau tujuan suka2, aku tengok hentai cukup. hentai pulak, aku lagi suka komik dari anime pasal komik tidak membataskan imaginasi seseorang. kalau anime ni, kita terpaksa bergantung pada audio dan video dia, kena high quality jugak....

    hehe Jun. this is the way i lived right now, I know it's wrong, but I intend to live this way and see it through to the end. there's some other personal issue that made me like this, I kinda want to be like this until the other party gives in.

    \anyway, peace to you and your blog.

    cheers :)

    ReplyDelete
  3. nasib baik anak die x makan brownies..
    kalau anak die makan pe yg terjadi ek..

    ReplyDelete
  4. betul ana sangat setuju dengan jun..kalu tengok skarang x 18sx or 18sg pon banyak gak adegan yang memang tak sepatutnya ditonton, inilah sebenarnya antara agenda kafir laknatullah yang cuba merosakkan umat islam..semoga kita ambik pengajaran!!!

    ReplyDelete
  5. Tq for all of ur comment?

    Zery, semua orang fitrahnya adalah inginkan kebaikan...Dan suatu masa nanti, kita akan berubah ke arah kebaikan juga.. Believe with Allah words

    ReplyDelete
  6. astaga jun, bagi aku, cukup baik sudah aku ni.

    tapi ndak cukup pahala laa. hehe

    ReplyDelete
  7. yA ALLAH, bagilah hidayah pada sang zery ni cepat2, kasian dia ba...huhuhu

    ReplyDelete
  8. aku x perlukan brownies.
    cepat berikan aku cheesecake. mmm~

    ingat aku x.
    Sofia Ismail, classmate kau zaman kelas furqan tok jiring.

    ReplyDelete
  9. Fitrah manusia perlu diseimbangi..tapi perlu dikawal dengan keimanan.Garis panduan keagamaan jelas termaktub..fahami dan laksanakan..mencegah itu lebih baik daripada mengubati,Dewasa ini..sukar untuk diubah imaginasi anak muda..mahupun orang dewasa...Keimanan perlu sentiasa dibajai setiap masa..

    ReplyDelete