Tuesday, June 23

"Don't judge the book by it's cover?"


"Kenapa kau tak pakai tudung, Esah? Kan dalam Islam, semua perempuan Islam wajib memakai tudung?," tanya Soon Hin.

"Eh, aku nie luaran je nampak tak pakai tudung, luaran le liberal. Tapi dalam hati ini aku 'memakai tudung' tau. Aku solat, aku puasa..Yang penting aku tak buat jahat pada sesiapa. Dont judge the book by it's cover, you know? " Balas Esah pula

"Hmmm, it's hard for me to believe, you know? Don't you think, outside apperence reflects by what's inside?," kata Soon Hin..

" Huh? "

" Ye la, bagi saya, saya cuba analogikan bergini. Kalaulah sekarang nie aku tengah main game kat pejabat, dan tiba-tiba bos usyar kat aku. Bos nampak aku main game tapi tak buat kerja, lalu bos sergah aku, 'Apasal kau main game? Tak buat kerja ke hah?'. Dan aku berkata, 'Eh bos, luar nampak je saya main game, tapi dalam hati ini saya buat kerja yang bos suruh tau'. Dosen't it make sense?"

" Ya Allah, malunya aku.. Islamkah aku ini? Atau aku cuma muslim tanpa Islam? ", monolog Esah dalam hatinya..

Sejak hari itu, Esah bertekad untuk merubah dirinya, kearah yang lebih baik. Mengamalkan intipati Islam dari luar dan dalam.

Cerita yang cuba saya sampaikan bukan hanya kepada kaum muslimat, tetapi juga bagi kaum muslimin. Seringkali saya terjumpa, orang lelaki yang bercouple, pegang-pegang tangan, malah buat maksiat 'ringan-ringan' berkata ' Luar je nampak aku bercouple, tetapi dalam diri aku ni, aku selalu solat 5 waktu'. Ataupun bergini, ' Luar je kau nampak aku tengok blue, tapi aku tak tinggal solat lima waktu, kau tahu?'. Atau bergini. ' luar je kau nampak aku pukul orang, curi motor, merempit, tapi aku sembahyang 5 waktu tak tinggal tahu?' Dan banyak lagi contoh-contoh yang lain, seperti ' Kau ni, nampak je aku selalu minta duit kopi, duit bawah meja, tapi sembahyang aku tak tinggal ',

Adakah sembahyang kita itu hanya kerana adat yang sudah sebati dari kecil semata-mata, atau adakah kita sembahyang kerana kita betul-betul menyembah tuhan?

Saya pun tidak bagus dan banyak kekurangan untuk tegur ini dan tegur itu, tapi saya rasa umat Islam sekarang ini kebanyakannya sembahyang kerana adat, dan bukan sembahyang kerana menyembah tuhan.. Seolah-olah kita hidup ini rasa macam tidak bertuhan..

Sebab itulah terjadinya kes tiru-meniru dan bawa toyol dalam dewan peperiksaan.

Sebab itulah pemimpin sekarang korup dan banyak rasuah

Sebab itulah peniaga tidak jujur dalam jual belinya.

Memang benar Allah S.W.T lebih melihat kepada isi hati hambanya, samaada perbuatan yang hamba-Nya lakukan ikhlas atau tidak. Tetapi selalunya, kulitlah yang mencerminkan isi didalam. Kalau luaran elok, maka Insyaallah dalaman pun turut elok.

" Bukan semua orang yang pakai tudung tu baik tetapi orang yang pakai tudung mesti baik "

" Bukan semua orang yang pergi masjid itu baik tetapi orang yang pergi masjid mesti baik "

" Bukan semua orang yang sembahyang itu baik, tetapi orang yang sembahyang itu mesti baik "

" Setiap orang pasti ada dosanya. Jangan sedih dan jangan kecewa. Kembalilah kepada yang Esa "

P/S: Baik disini bermaksud wujudnya perasaan takut kepada Allah, tuhan pencipta segala alam.


Junaidi Al-Putatani
Gambang, Kuantan

Tuesday, June 16

Dunia kehilangan Sang Murabbi - Sheikh Fathi Yakan (1933 - 2006)


Assalammualaikum warahmatullah...

Dunia sekarang kehilangan seorang tokoh yang amat besar jasanya dalam kebangkitan Gerakan Islam seluruh dunia.. Tika anak muda muslim sibuk berpesta dan besar diantara mereka yang dibuai mimpi-mimpi indah dek kerana racun fikiran puak yang memusuhi Islam, beliau ternyata masih gagah dan berterusan membersihkan fikir anak muda tadi. Oleh kerana beliau berjiwa besar dan ikhlas dalam memperjuangkan cara hidup Islam dan seruan kembali kepada Islam, ramai anak-anak muda tersedar dari tidur yang lena dan bangkit bersama-sama beliau untuk membantu muslim lainnya agar dekat pada Allah s.w.t.. Karya-karya agungnya, terutama 'Apa Erti Saya Menganut Islam' nyata memberi inspirasi besar kepada pemuda-pemuda muslim untuk menubuh dan bergabung ke dalam Gerakan Islam

Sesungguhnya, kehilangan beliau sangat dirasai oleh para Dai'e dan para pencinta Gerakan Islam yang lainnya. Kehilangan beliau umpama hilangnya permata hitam paling bersinar dari rantaian perjuangan kaum muslimin. Bak kata orang, 'Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama', dan beliau pergi menemui Ilahi meninggalkan sejumlah besar inspirasi dan semangat yang masih boleh diambil oleh ahli-ahli gerakan Islam. Al Fatihah buat beliau.

Marilah kita sama-sama hayati hadith Rasulullah s.a.w dibawah

"Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu dengan (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) hamba-hambaNya. Tetapi Allah Ta’ala menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama sehingga apabila tidak tertinggal satu orang alimpun, manusia akan menjadikan pemimpin-pemimpin dari orang-orang yang bodoh, maka tatkala mereka ditanya (tentang masalah agama), lalu mereka akan berfatwa tanpa ilmu, akhirnya mereka sesat dan menyesatkan. (Hadits riwayat al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidhi dan Ibn Majah) "

Dibawah ini adalah biodata mengenai beliau

Dr. Fathi Yakan telah dilahirkan pada 9 Februari / Syabat (kiraan bulanan kuno di negara Lubnan) 1933 di Tarablus Lubnan. Telah berjaya memperolehi Phd di dalam bidang pengajian Islam dan bahasa Arab. Telapun berkahwin dengan Puan Dr. Mona Haddad Yakan dan telah dikurniakan 5 orang cahaya mata ( 4 perempuan dan 1 lelaki). Beliau merupakan diantarakan tokoh gerakan Islam di Lubnan dan di dunia Islam bahkan beliau merupakan diantara pelopor yang mengasaskan gerakan Islam di Lubnan bersama-sama dengan lebih kurang 50 orang saudaranya yang lain sejurus selepas mereka menziarahi Dr. Mustafa As-Siba’ie Rahimahullahu di Syria.Beliau telah menyumbang tenaga di dalam mempelopori fikrah gerakan Islam di dalam dunia Arab dan beliau juga telah menyebarkan risalah-risalah dan tulisan-tulisan yang berbentuk ideologi ke dunia Arab dan Islam sebagai panduan generasi-generasi kebangkitan Islam dan kebanyakan daripada tulisan-tulisan beliau telah diterjemahkan di dalam banyak bahasa. Di antara tulisannya yang terkenal adalah

Beliau juga pernah memenangi kerusi pada pilihanraya Lubnan pada tahun 1992. Beliau juga pernah menyertai Perhimpunan Islam Antarabangsa (International Islamic Conference). Beliau meninggal dunia pada 13 Jun 2009 di Hospital Hotel Deu pada umur 76 tahun berikutan implikasi penyakit yang dialaminya.

Wahai Sheikh. Semoga engkau bahagia menemui Sang Kasih yang selama ini kau rindui..


Junaidi Al-Putatani

Gambang, Kuantan

Saturday, June 13

"Evening Revival"

Assalammualaikum warahmatullah...

Apa khabar semua? Moga sihat-sihat sahaja hendaknya..

Agak lama tidak update blog.. Terasa kekok pula hendak menulis, huhu. Alhamdulillah, petang ini Allah s.w.t gerakkan hati saya untuk menulis kembali, setelah lama dalam kurungan...Kurungan sikap 'unmotivated' barangkali. Sebab tu saya letak tajuk "Evening Revival" pada post kali ini

Sekarang ini saya tengah menjalani semester pendek dan melakukan sedikit kerja-kerja projek tahun akhir. Semakin lama belajar dalam sem pendek ini, rasa semakin malas pula..entahlah..Agaknya tersihir dengan kebiasaan bahawa bulan Mei dan Jun adalah bulan-bulan untuk bercuti kot.

Walauapapun, saya berdoa kepada sahabat-sahabat yang ambil sem pendek di UMP, dan juga melakukan kerja dan program di waktu cuti ini, agar sentiasa sukses hendaknya. Amin


Junaidi Al-Putatani
Gambang, Kuantan