Tuesday, June 23

"Don't judge the book by it's cover?"


"Kenapa kau tak pakai tudung, Esah? Kan dalam Islam, semua perempuan Islam wajib memakai tudung?," tanya Soon Hin.

"Eh, aku nie luaran je nampak tak pakai tudung, luaran le liberal. Tapi dalam hati ini aku 'memakai tudung' tau. Aku solat, aku puasa..Yang penting aku tak buat jahat pada sesiapa. Dont judge the book by it's cover, you know? " Balas Esah pula

"Hmmm, it's hard for me to believe, you know? Don't you think, outside apperence reflects by what's inside?," kata Soon Hin..

" Huh? "

" Ye la, bagi saya, saya cuba analogikan bergini. Kalaulah sekarang nie aku tengah main game kat pejabat, dan tiba-tiba bos usyar kat aku. Bos nampak aku main game tapi tak buat kerja, lalu bos sergah aku, 'Apasal kau main game? Tak buat kerja ke hah?'. Dan aku berkata, 'Eh bos, luar nampak je saya main game, tapi dalam hati ini saya buat kerja yang bos suruh tau'. Dosen't it make sense?"

" Ya Allah, malunya aku.. Islamkah aku ini? Atau aku cuma muslim tanpa Islam? ", monolog Esah dalam hatinya..

Sejak hari itu, Esah bertekad untuk merubah dirinya, kearah yang lebih baik. Mengamalkan intipati Islam dari luar dan dalam.

Cerita yang cuba saya sampaikan bukan hanya kepada kaum muslimat, tetapi juga bagi kaum muslimin. Seringkali saya terjumpa, orang lelaki yang bercouple, pegang-pegang tangan, malah buat maksiat 'ringan-ringan' berkata ' Luar je nampak aku bercouple, tetapi dalam diri aku ni, aku selalu solat 5 waktu'. Ataupun bergini, ' Luar je kau nampak aku tengok blue, tapi aku tak tinggal solat lima waktu, kau tahu?'. Atau bergini. ' luar je kau nampak aku pukul orang, curi motor, merempit, tapi aku sembahyang 5 waktu tak tinggal tahu?' Dan banyak lagi contoh-contoh yang lain, seperti ' Kau ni, nampak je aku selalu minta duit kopi, duit bawah meja, tapi sembahyang aku tak tinggal ',

Adakah sembahyang kita itu hanya kerana adat yang sudah sebati dari kecil semata-mata, atau adakah kita sembahyang kerana kita betul-betul menyembah tuhan?

Saya pun tidak bagus dan banyak kekurangan untuk tegur ini dan tegur itu, tapi saya rasa umat Islam sekarang ini kebanyakannya sembahyang kerana adat, dan bukan sembahyang kerana menyembah tuhan.. Seolah-olah kita hidup ini rasa macam tidak bertuhan..

Sebab itulah terjadinya kes tiru-meniru dan bawa toyol dalam dewan peperiksaan.

Sebab itulah pemimpin sekarang korup dan banyak rasuah

Sebab itulah peniaga tidak jujur dalam jual belinya.

Memang benar Allah S.W.T lebih melihat kepada isi hati hambanya, samaada perbuatan yang hamba-Nya lakukan ikhlas atau tidak. Tetapi selalunya, kulitlah yang mencerminkan isi didalam. Kalau luaran elok, maka Insyaallah dalaman pun turut elok.

" Bukan semua orang yang pakai tudung tu baik tetapi orang yang pakai tudung mesti baik "

" Bukan semua orang yang pergi masjid itu baik tetapi orang yang pergi masjid mesti baik "

" Bukan semua orang yang sembahyang itu baik, tetapi orang yang sembahyang itu mesti baik "

" Setiap orang pasti ada dosanya. Jangan sedih dan jangan kecewa. Kembalilah kepada yang Esa "

P/S: Baik disini bermaksud wujudnya perasaan takut kepada Allah, tuhan pencipta segala alam.


Junaidi Al-Putatani
Gambang, Kuantan

3 comments:

  1. Inilah contoh fahaman masyarakat yang salah akibat dari kekurangan ilmu. Islam tu mmg dah sempurna, tapi penganutnya yang masih tak faham kesempurnaan itu.

    Tak pasal-pasal orang bukan Islam tersalah faham akibat kejahilan umat Islam itu sendiri. Kesian diorang.

    ReplyDelete
  2. nk ubah sket..
    "Bukan semua orang yang pakai tudung tu baik tetapi orang yang baik mesti pakai tudung"

    yg len pun sy nk ubah..
    org yg semayang x mesti baik..
    tapi orang baik mesti semayang..

    ReplyDelete
  3. Hi, saya Jamil, Personal Wellness Coach dengan Herbalife. Jika anda berminat untuk turunkan atau naikkan berat badan, atau hanya nak kekalkan kesihatan badan, saya boleh membantu. Call/sms/whatsapp 012-2570677

    ReplyDelete