Tuesday, June 16

Dunia kehilangan Sang Murabbi - Sheikh Fathi Yakan (1933 - 2006)


Assalammualaikum warahmatullah...

Dunia sekarang kehilangan seorang tokoh yang amat besar jasanya dalam kebangkitan Gerakan Islam seluruh dunia.. Tika anak muda muslim sibuk berpesta dan besar diantara mereka yang dibuai mimpi-mimpi indah dek kerana racun fikiran puak yang memusuhi Islam, beliau ternyata masih gagah dan berterusan membersihkan fikir anak muda tadi. Oleh kerana beliau berjiwa besar dan ikhlas dalam memperjuangkan cara hidup Islam dan seruan kembali kepada Islam, ramai anak-anak muda tersedar dari tidur yang lena dan bangkit bersama-sama beliau untuk membantu muslim lainnya agar dekat pada Allah s.w.t.. Karya-karya agungnya, terutama 'Apa Erti Saya Menganut Islam' nyata memberi inspirasi besar kepada pemuda-pemuda muslim untuk menubuh dan bergabung ke dalam Gerakan Islam

Sesungguhnya, kehilangan beliau sangat dirasai oleh para Dai'e dan para pencinta Gerakan Islam yang lainnya. Kehilangan beliau umpama hilangnya permata hitam paling bersinar dari rantaian perjuangan kaum muslimin. Bak kata orang, 'Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama', dan beliau pergi menemui Ilahi meninggalkan sejumlah besar inspirasi dan semangat yang masih boleh diambil oleh ahli-ahli gerakan Islam. Al Fatihah buat beliau.

Marilah kita sama-sama hayati hadith Rasulullah s.a.w dibawah

"Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu dengan (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) hamba-hambaNya. Tetapi Allah Ta’ala menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama sehingga apabila tidak tertinggal satu orang alimpun, manusia akan menjadikan pemimpin-pemimpin dari orang-orang yang bodoh, maka tatkala mereka ditanya (tentang masalah agama), lalu mereka akan berfatwa tanpa ilmu, akhirnya mereka sesat dan menyesatkan. (Hadits riwayat al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidhi dan Ibn Majah) "

Dibawah ini adalah biodata mengenai beliau

Dr. Fathi Yakan telah dilahirkan pada 9 Februari / Syabat (kiraan bulanan kuno di negara Lubnan) 1933 di Tarablus Lubnan. Telah berjaya memperolehi Phd di dalam bidang pengajian Islam dan bahasa Arab. Telapun berkahwin dengan Puan Dr. Mona Haddad Yakan dan telah dikurniakan 5 orang cahaya mata ( 4 perempuan dan 1 lelaki). Beliau merupakan diantarakan tokoh gerakan Islam di Lubnan dan di dunia Islam bahkan beliau merupakan diantara pelopor yang mengasaskan gerakan Islam di Lubnan bersama-sama dengan lebih kurang 50 orang saudaranya yang lain sejurus selepas mereka menziarahi Dr. Mustafa As-Siba’ie Rahimahullahu di Syria.Beliau telah menyumbang tenaga di dalam mempelopori fikrah gerakan Islam di dalam dunia Arab dan beliau juga telah menyebarkan risalah-risalah dan tulisan-tulisan yang berbentuk ideologi ke dunia Arab dan Islam sebagai panduan generasi-generasi kebangkitan Islam dan kebanyakan daripada tulisan-tulisan beliau telah diterjemahkan di dalam banyak bahasa. Di antara tulisannya yang terkenal adalah

Beliau juga pernah memenangi kerusi pada pilihanraya Lubnan pada tahun 1992. Beliau juga pernah menyertai Perhimpunan Islam Antarabangsa (International Islamic Conference). Beliau meninggal dunia pada 13 Jun 2009 di Hospital Hotel Deu pada umur 76 tahun berikutan implikasi penyakit yang dialaminya.

Wahai Sheikh. Semoga engkau bahagia menemui Sang Kasih yang selama ini kau rindui..


Junaidi Al-Putatani

Gambang, Kuantan

2 comments:

  1. Salam Jun.
    Terima kasih atas sms tempoh hari.

    ReplyDelete
  2. salam ukuwwah http://www.khairuummah77.wordpress.com

    ReplyDelete